Wanita Maut Ditikam Selepas Bertengkar Dengan Teman Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pertengkaran antara pasangan kekasih berakhir dengan tragedi apabila seorang wanita ditikam teman lelakinya, dan suspek kemudian bertindak cuba untuk membunuh diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 25 tahun yang merupakan seorang jurujual aksesori kereta dibawa ke Hospital Umum Sarawak pada pagi Jumaat.

Suspek mempunyai kesan tikaman di bahagian badan, leher dan pergelangan tangan.

Jurujual yang disioal siasat memberitahu dia bertengkar dengan teman wanitanya, seorang pembantu kedai berusia 25 tahun di bilik sewanya di pusat komersial Liang Kee di sini sebelum menikamnya.

Teman wanitanya kemudian ditemui polis dalam keadaan terbaring di atas tilam di sebuah bilik.

Mangsa ditemui dengan kesan tikaman di bahagian leher dan pisau dengan kesan darah dijumpai berdekatan mayat.

"Siasatan lanjut mendedahkan suspek bermalam di bilik bersama teman wanitanya. Dia menuduh teman wanitanya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Pertengkaran mengakibatkan suspek bertindak mengambil pisau di dalam bilik dan menikam mangsa. Dia kemudiannya cuba untuk membunuh diri di bahagian perut dan leher serta mengelar pergelangan tangannya. 

"Dia mungkin berubah fikiran selepas itu dan bergegas ke kedai serbaneka berhampiran untuk mendapatkan bantuan," kata Dev Kumar dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Dev Kumar, suspek ditahan dan kini dirawat di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan