Daesh: Guru Sekolah Rendah Antara 9 Ditahan - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 4:55 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sembilan lelaki termasuk seorang guru sekolah rendah yang disyaki terbabit dengan kegiatan militan Daesh ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 15 Mac hingga Selasa lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka terdiri daripada warga tempatan berumur antara 24 dan 46 tahun ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor.

Suspek pertama yang ditahan pada 15 Mac lepas ialah seorang juruteknik Puspakom Sdn Bhd, berusia 27 tahun di Klang.

"Suspek merupakan salah seorang anggota sel kumpulan Telegram 'Gagak Hitam' (Sel Kumpulan pengganas Daesh yang terlibat dalam insiden letupan di Kelab Movida, Puchong).

Suspek mengaku terlibat dalam penyaluran dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi bagi kegunaan Daesh di Syria," katanya dalam kenyataan di sini. 

Khalid berkata, susulan daripada operasi itu polis menahan dua lelaki, masing-masing berumur 37 dan 39 tahun pada 16 Mac lepas di Kulim, Kedah dan di Ipoh, Perak.

Menurutnya, seorang suspek itu bekerja sebagai guru sekolah rendah dan seorang lagi sebagai pengawal keselamatan.

"Suspek yang bekerja sebagai guru itu mengaku menyebarkan ideologi salafi jihadi kumpulan Daesh melalui Facebook bagi merekrut anggota menyertai Daesh," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai telah merancang untuk menyusup keluar dari Malaysia bagi mebolehkannya menyertai kumpulan militan Daesh di Syria atau di Selatan Filipina.

Sementara itu, dua lagi suspek ditahan pasa 17 Mac lepas ditahan di Perak masing-masing berumur 31 dan 28 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan dan seorang lagi pemilik kedai veterinar. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan