Dua Tebusan Malaysia Diselamatkan Tentera Filipina

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 1:38 PM

Fandy Bakran

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua daripada lima kelasi Malaysia yang dijadikan tebusan oleh militan Abu Sayyaf berjaya diselamatkan dalam satu operasi di kawasan perairan antara Pulau Jolo dan Pata, selatan Filipina.

Dua lelaki tersebut, Fandy Bakran, 26, dan Abdul Rahim Sumas, 62, diselamatkan dalam operasi tentera laut Filipina di wilayah Kalingalan Caluang menuju ke Pulau Pata kira-kira pukul 2 pagi Khamis.

Jurucakap tentera Filipina, Kolonel Edgard Arevalo mengesahkan dua nelayan terbabit diselamatkan dalam operasi berkenaan.

Fandy dan Abdul Rahim yang kelihatan takut serta keleihatan berada dalam keadaan baik dan telah dihantar ke Hospital Kem Teodulfo di Bus-Bus, Jolo untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, tiga lagi mangsa culik ditahan oleh seorang lagi komander Abu Sayyaf yang berjaya meloloskan diri ketika operasi ketenteraan tersebut.

Lima rakyat Malaysia diculik daripada sebuah bot tunda pada 18 Julai tahun lalu dan pada awalnya meminta wang tebusan sebanyak 100 juta peso (RM10 juta).

Namun jumlah itu dipercayai dikurangnya menjadi 30 juta peso (RM3 juta).

Tentera Filipina berkata, dua kelasi itu diselamatkan menerusia operasi tentera dan tiada bayaran tebusan dibuat.

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Tebusan Malaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan