Mekanik Kelab Golf Lemas Cuba Bantu Pemain

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 7:09 PM

ANGGOTA penyelamat melihat mayat mekanik yang lemas ketika cuba mengeluarkan beg kasut seorang pemain di Kelab Golf Rahman Putra, Sungai Buloh pada 22 Mac 2017. - The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik kelab golf lemas dipercayai tersangkut di dasar kolam berlumpur ketika cuba mengambil beg kasut milik seorang pemain di Kelab Golf Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Suptritendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu mangsa Rizzuan Nazri, 38, cuba membantu mengeluarkan beg kasut dan golf yang terapung selepas kenderaan buggy dipandu seorang pemain menggelongsor masuk ke dalam kolam itu.

"Mangsa mulanya berjaya mengeluarkan beg golf dari kolam itu tetapi ketika cuba mendapatkan beg kasut dia tiba-tiba hanyut ke tengah kolam dan terus tenggelam di kolam yang berlumpur itu," katanya menurut laporan Bernama.

Menurutnya mayat kini berada di Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu kira-kira 10.30 pagi.

Katanya anggota bomba menemui mayat mangsa di dasar kolam kira-kira sejam kemudian. 

Tags / Kata Kunci: Lemas , Golf , Rahman Putra

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan