EAIC Siasat Kes Rogol Tahanan Warga Thailand

Diterbitkan: Rabu, 22 Mac 2017 2:22 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan berlakunya kejadian rogol ke atas tahanan warga Thailand di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka.

Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata pihaknya memandang berat dakwaan yang dibuat oleh pengadu dan akan menjalankan siasatan dengan telus, tanpa prejudis dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Beliau berkata siasatan EAIC adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat salah laku dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia dan ketidakpatuhan ke atas Prosedur Tetap Operasi Depot.

"Siasatan itu juga akan dilakukan berdasarkan Pekeliling Imigresen Malaysia yang berkaitan dengan pengendalian dan pengurusan orang tahanan Imigresen di depot terlibat," katanya dalam kenyataan di sini seperti dilaporkan Bernama pada Rabu.

Yaacob berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang mendakwa seorang wanita warga Thailand mendakwa kakaknya dirogol seorang anggota Jabatan Imigresen negeri ketika proses rakaman percakapan di depot berkenaan, dua minggu lalu.

Dalam pada itu, EAIC juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan berkaitan kesalahan jenayah rogol berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh pengadu berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Yaacob Md Sam , EAIC , Rogol , Tahanan Thailand

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan