Tiada Tahanan Baharu Kes Jong-nam Di IPD Sepang

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 7:59 PM

Baharuddin Mat Taib

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tiada individu baharu yang ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supritendan Baharuddin Mat Taib.

"Tahanan baharu (kes Jong-nam) setakat ini, tiada," katanya ketika ditanya pemberita sama ada suspek baharu kes berkenaan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini.

Beliau ditemui pada majlis pelupusan komputer judi haram di IPDSepang pada Selasa membabitkan 1,700 set mesin komputer bernilai RM215,000 yang dirampas dalam 1,200 serbuan sepanjang 2015.

Baharuddin berkata sebarang perkembangan kes berkenaan akan diumumkan KetuaPolis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Ahad lepas, Khalid berkata terdapat beberapa lagi individu baharu  termasuk warga Korea Utara dan 'orang penting' dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam itu.

Sebelum ini, IPD Sepang menjadi tumpuan dunia apabila media tempatan dan antarabangsa berkampung di kawasan itu semasa dua wanita asing iaitu Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, dari Vietnam ditahan kerana disyaki membunuh Jong-nam.

Pernah ditahan di IPD Sepang bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu ialah rakyat Korea Utara, Ri Jong-chol, yang telah diusir ke negara asalnya. 

Jong-nam didakwa dibunuh dua wanita asing itu yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(klia2) pada 13 Februari lepas untuk menaiki pesawat ke Macau.    

Jong-nam, yang memiliki pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , IPD Sepang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan