Wanita Rugi RM800 Beg Dicuri Ketika Solat

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 8:10 AM

Paparan skrin daripada video kecurian beg tangan di masjid yang tular di media sosial baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Bagi pencuri tegar, mencuri perlu dilakukan tidak kira di mana, sekalipun di hadapan bakal mangsa yang sedang solat.

Seorang wanita menjadi sasaran pencuri sebegini bila beg tangan wanita itu yang diletakkan di hadapan sejadah ketika solat di Masjid An-Nur, Guar Perahu di sini malam Sabtu dilarikan seorang lelaki muda.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, mangsa, 54, seorang pegawai teknologi maklumat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kerugian lebih RM800.

Begnya mengandungi wang tunai RM350, telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank serta lesen memandu, kata beliau.

Menurut Nik Ros Azhan, wanita itu baru saja balik dari menghadiri kenduri di Pokok Sena dan singgah di masjid itu untuk menunaikan solat Maghrib.

"Wanita itu meletakkan beg tangannya berwarna merah di hadapan sejadah dan selepas selesai solat menyedari begnya tiada lagi di situ," kata Nik Ros Azhan.

Beliau berkata semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati seorang lelaki yang memakai helmet bervisor telah menunggu di tepi pintu masjid.

Ketika jemaah sedang sujud suspek meluru masuk serta melarikan beg pengadu.

Nik Ros Azhan berkata usaha mengesan lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 20-an itu giat dijalankan.

Polis juga akan mendapatkan rakaman CCTV di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Tags / Kata Kunci: curi beg , Masjid An-Nur

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan