14 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Kongsi Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 8:12 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 14 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kongsi mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 5, Jalan Mentakab-Karak dekat Temerloh pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Tajudden Ibrahim berkata kebakaran kira-kira 7.48 pagi itu melibatkan 16 unit daripada keseluruhan 20 unit rumah.

Beliau berkata seorang warga Indonesia yang berumur lingkungan 50-an turut cedera di muka ketika dia dikatakan cuba menyelamatkan barangan miliknya.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Punca kejadian masih disiasat.

Tags / Kata Kunci: Rumah Kongsi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan