Bunuh Rakan, Warga Myanmar Diburu

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Polis sedang memburu seorang suspek utama kes pembunuhan seorang warga Myanmar yang maut dikelar di sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Fasa 2 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian antara 12 tengah hari hingga 1 tengah hari itu, mangsa, Nyi Tun Oo, 32, ditemui mati oleh seorang rakan serumahnya dengan keadaan lehernya dikelar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh oleh seorang rakan serumahnya yang dikenali sebagai Zaw Naing, 32, menggunakan pisau pemotong daging selepas berlaku pergaduhan.

"Suspek kemudiannya melarikan diri dengan membawa senjata itu, sebelum meninggalkannya di dalam longkang di hadapan sebuah pejabat agensi kerajaan, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian," katanya dihubungi Bernama pada Ahad.

Omar Bakhtiar berkata mangsa difahamkan baru dua bulan berada di Malaysia dan bekerja di sebuah kilang di Parit Buntar bersama suspek dan lapan penghuni rumah kedai berkenaan.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan kerana polis berdepan kesukaran berkomunikasi dengan saksi kejadian akibat masalah bahasa.

"Kesemua lapan penghuni rumah kedai berkenaan yang dijadikan asrama telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian untuk membantu siasatan," kata Omar Bakhtiar.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat yang dijangka akan dilaksanakan pakar patologi esok dan khidmat anjing pengesan K-9 turut diguna bagi menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di daerah Kerian. 

Tags / Kata Kunci: Bunuh , Myanmar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan