Lelaki Ditahan Ceroboh, Lontar Bom Petrol Di Kawasan Istana Johor

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 9:43 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis menahan seorang penganggur kerana membaling bom petrol ke dalam kawasan istana Johor di sini.

Lelaki berkenaan, berusia 20-an, dipercayai telah menceroboh ke kawasan istana pada kira-kira pukul 11.45 malam Jumaat lalu.

Dia dipercayai memasuki kawasan istana menggunakan motosikal sebelum melontarkan bom petrol.

Bagaimanapun, tiada kerosakan besar dilaporkan.

Difahamkan, suspek menyerah diri di salah satu pondok pengawal istana kira-kira 20 minit kemudian.

Sumber berkata, suspek yang dipercayai tidak waras diserahkan kepada polis.

Polis masih menyiasat bagaimana suspek boleh memasuki kawasan istana dan motif serangan itu.

Tidak dipastikan sama ada keluarga diraja Johor berada di istana ketika kejadian berlaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan insiden tersebut namun enggan mengulas lanjut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan