Doktor Gigi Cabul Pelajar Direman

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 5:56 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang doktor gigi ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul sekurang-kurangnya lima pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.

Suspek lelaki itu disyaki melakukan perbuatan itu ketika pelajar mendapatkan rawatan pergigian di klinik sekolah berkenaan.

Ketua Polis Tawau, ACP Fadil Marsus, berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 2.30 petang semalam ketika dipercayai cuba berlepas ke Kuala Lumpur. 

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

"Saya mengesahkan menerima laporan kes cabul membabitkan doktor gigi itu dan kita akan siasat secepat mungkin," katanya dalam kenyataan menurut laporan Bernama pada Sabtu.

Petang Jumaat, lima keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa anak perempuan mereka dicabul seorang doktor gigi ketika sedang mendapatkan rawatan di klinik gigi sekolah mereka.

Tags / Kata Kunci: Doktor Gigi , Cabul Pelajar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan