Lelaki Didakwa Ganggu Pelajar Dalam LRT Diserah Kepada Polis

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 5:49 PM

Status insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa Nur Dini Van Haeren pada 13 Mac lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang didakwa mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin telah diserah kepada polis.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas setelah dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.

"Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian digunakan untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.

"Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam (Khamis)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.

Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa berwaspada dan tenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan pertolongan.

Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang tersebut selepas wanita berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.

"Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang gatal.

"Berasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada. Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa," kata kenyataan itu.

Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling serta KL Monorel.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Gangguan seksual , LRT

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan