Taktik Edar Dadah 'Gula Getah', 'Perisa Minuman' Terbongkar

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:06 PM

SUPRITENDAN Lam Thiam Huat (tengah) menunjukkan sebahagian dadah 'gula getah' dan perisan minuman bersama Inspektor Mohd Radzman Mohd Rodzi (kanan) dan Nor Asyifa Azmey (kiri) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan pada 16 Mac 2017. - THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang membongkar satu taktik baharu sindiket pengedaran dadah di negeri ini yang menggunakan pembungkus gula-gula getah dan serbuk minuman berperisa oren berikutan penahanan lima lelaki dalam serbuan berasingan di sini, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Lam Thiam Huat berkata dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Maju Jaya pada 3.30 petang hari berkenaan, polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura masing-masing berumur 30 dan 32 tahun.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 81.7 gram ketamin, 8.9 gram syabu, 10.1 gram (290) biji pil Erimin 5, 54.7 gram (185) biji pil esctasy, 16 peket plastik bertulis 'range Coming' disyaki dadah seberat 412.8 gram.

"Kita turut menemui 24 peket plastik bertulis 'Magic Chew' disyaki dadah seberat 264 gram," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini.

Susulan penahanan itu, katanya, tiga lagi suspek berumur 15 hingga 27 tahun ditangkap di hadapan Medan Selera, Jalan Gambut 1 pada 7.30 malam pada hari yang sama.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki ketiga-tiga lelaki berkenaan, polis menjumpai 136.9 gram (490) biji pil Erimin 5, 53 gram (120) biji pil esctasy, 15.4 gram (40) biji pil esctasy (kapsul) dan 13.8 gram (25 peket) ketamin.

Lam berkata, anggaran keseluruhan rampasan yang dilakukan ialah RM165,221 termasuk dua buah kenderaan bernilai RM130,000.

Siasatan awal mendapati bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari ibu negara untuk pasaran di sekitar daerah ini dan ini merupakan tangkapan pertama di Pahang membabitkan rampasan dadah yang diisi dalam peket serbuk minuman serta gula-gula getah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori dan kesemua suspek kini ditahan reman bermula semalam hingga 27 Mac ini.

Dalam masa yang beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah supaya membuat laporan di mana-mana balai polis yang berhampiran ataupun ke Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) di talian 09-5151999. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dadah , Gula Getah , Perisa Minuman

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan