Ancaman Pengganas Di Malaysia Terkawal - Timbalan KPN

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:04 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ancaman pengganas di Malaysia berada pada tahap terkawal berikutan usaha gigih polis melakukan operasi tangkapan ke atas anggota-anggota kumpulan militan yang beroperasi di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan pembanterasan polis secara langsung berjaya melumpuhkan kumpulan militan yang cuba bertapak di negara ini.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) sentiasa berwaspada dengan meningkatkan aktiviti perisikan agar insiden keganasan yang berlaku di luar negara dapat dibendung di negara kita," katanya.

Noor Rashid berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan seminar 'Belia  and  TN50: Perspektif Keselamatan Negara' anjuran Yayasan Pengaman Malaysia, di sini pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Pengaman, Tan Sri Norian Mai.

Seminar sehari itu bertujuan memberi kesedaran kepada belia mengenai ancaman keganasan dan ekstremisme dengan mengenal pasti bagaimana gerakan militan merekrut anak-anak muda dalam menjayakan misi mereka. 

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata segelintir rakyat Malaysia begitu mudah terpengaruh dengan doktrin perjuangan gerakan militan menerusi media sosial yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam. 

Katanya, misi gerakan pengganas kini berlandaskan dunia tanpa sempadan dengan doktrin perjuangan mereka disebar menerusi kempen dalam talian.

"Trend gerakan militan tidak lagi bercorak tradisional yang mana segala perancangan mereka mudah dihidu di peringkat awal melalui aktiviti perisikan di lapangan.

]"Sebaliknya, pada masa kini gerakan mereka melangkaui sempadan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu, ketika ditanya dalam sidang akhbar kemudian mengenai saranan polis kepada kerajaan untuk menambah baik aspek keselamatan dalam TN50, beliau berkata isu perpaduan antara masyarakat majmuk di negara ini perlu diberi keutamaan.

"Kalau nak gerak ke hadapan kita mesti bersatu padu, itu penting. Kita juga perlu memantapkan tenaga kerja (polis) dengan ilmu dan teknologi secukupnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Noor Rashi Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan