Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran Di Dengkil - Berita Jenayah | mStar

Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran Di Dengkil

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Seorang kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di kawasan perumahan Taman Gemilang di sini awal pagi Rabu.

Menurut jurucakap jabatan bomba, kebakaran kira-kira 4.27 pagi itu melibatkan tiga rumah teres setingkat.

Sebuah rumah terbakar hampir keseluruhannya manakala rumah di kiri dan kanannya masing-masing terbakar 50 peratus, katanya.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan Balai Bomba KLIA dikerah ke tempat kejadian dan dapat mengawal kebakaran kira-kira 5.14 pagi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, katanya.

Identiti mangsa masih belum diketahui. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kebakaran , Dengkil
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan