Mayat Lelaki Ditemui Di Dalam Longkang

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 8:33 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki berusia 30-an yang lengkap berpakaian jeans berwarna biru dan baju kemeja, ditemui di dalam longkang di Taman Kempas di sini kira-kira pukul 10 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu di lokasi lain sebelum dicampakkan ke dalam longkang di taman terbabit.

"Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan tikaman atau luka bahkan tiada sebarang kad pengenalan diri ditemui pada mangsa.

"Bagaimanapun terdapat tatu berbentuk ular, matahari, tulisan A dan J serta bentuk hati pada beberapa anggota badan mangsa," katanya menerusi satu kenyataan.

Md Zukir berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk dibedah siasat.

"Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat esok," katanya.


Tags / Kata Kunci: mayat , Md Zukir Md Isa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan