45 Rumah Setinggan Musnah Dijilat Api

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kira-kira 45 buah rumah setinggan di Kampung Muhibah, Likas, dekat sini musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8 pagi dan menggerakkan tiga jentera bomba bersama 44 anggota termasuk 13 anggota bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 8.10 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 8.51 pagi," kata kenyataan itu menurut laporan Bernama.

Kepantasan anggota bomba juga dapat menyelamatkan 30 buah rumah daripada dijilat api.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun seorang mangsa melecur telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan," menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Kebakaran , Setinggan , Likas

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan