15 Cubaan Serangan Daesh Gagal - KDN

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 5:55 PM

Polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang pengawal keselamatan dari sebuah syarikat swasta di Kuantan, Pahang 12 Februari lalu dipercayai terlibat dengan militan Daesh. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menggagalkan 15 cubaan serangan pengganas kumpulan militan Daesh di negara ini sejak Februari 2013 hingga sekarang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan ini jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk membendung elemen kumpulan militan itu daripada berkembang dan mengancam keselamatan negara.

KDN menyatakan demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang bertanya mengenai perkembangan terkini Daesh dan kegiatan ektremis di Malaysia.

Menurut KDN seramai 398 individu telah ditahan bagi kesalahan berkaitan keganasan sepanjang tempoh 2010 hingga bulan lepas.

"Seramai 271 individu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dan bakinya berkaitan dengan kumpulan pengganas lain," kata KDN seperti dilaporkan Bernama.

Daripada jumlah itu, seramai 25 orang ditahan pada 2010, 41 orang (2011), sembilan orang (2012), 11 orang (2013), 75 orang (2014), 104 orang (2015) dan 126 orang (2016).

Tujuh orang lagi ditahan dari 1 Januari hingga 22 Februari lepas.

Tags / Kata Kunci: KDN , Daesh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan