Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 11 Kondominium

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 25 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat sebelas sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Taman Desa Segambut pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata seorang pengawal keselamatan di kondominium itu memaklumkan kepada polis mengenai kejadian tersebut pada kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.

ACP Munusamy berkata, tiada unsur jenayah terhadap mangsa berdasarkan kecederaan yang dialami selepas terjatuh.

Polis juga tidak menemui sebarang senjata tajam atau objek di tempat kejadian.

"Dia jatuh dari Tingkat 11 bangunan itun dan ia bukan  bunuh diri.

"Keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana kecederaan di bahagian dada dan perut," katanya dalam satu kenyataan.

ACP Munusamy berkata si mati  bekerja di sebuah syarikat milik keluarganya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tags / Kata Kunci: Jatuh tingkat 11

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan