Pendaki Warga Emas Ditemui Selamat Selepas Sesat Lebih Lapan Jam - Berita Jenayah | mStar

Pendaki Warga Emas Ditemui Selamat Selepas Sesat Lebih Lapan Jam

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 8:47 PM

-fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga emas sesat lebih lapan jam di Bukit Cherok Tokkun di sini, ketika sedang mendaki bukit itu Jumaat.

Pan Yoke Yun, 68, dikatakan mula mendaki pada pukul 6 petang secara sendirian sebelum dia menghubungi anaknya memaklumkan telah tersesat dan gagal mencari jalan untuk turun.

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Abdul Aziz Usoff berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kes itu pada pukul 8.46 malam tadi dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

Katanya anggota bomba kemudian membuat pencarian di sekitar lokasi dengan membahagi kepada beberapa pasukan.

Abdul Aziz berkata operasi mencari dan menyelamat turut dibantu anggota bomba sukarela serta beberapa agensi lain.

"Wanita itu akhirnya dijumpai pada pukul 3.16 pagi di atas bukit berkenaan dalam keadaan selamat dan dibawa turun serta diberi rawatan. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, anak Pan yang hanya mahu dikenali sebagai Yong, 38, berkata ibunya memang selalu mendaki bukit berkenaan bersama beberapa rakan yang lain tetapi semalam dia melakukannya bersendirian.

Katanya beliau menerima panggilan daripada ibunya kira-kira pukul 8.30 malam memaklumkan dia telah tersesat sebelum bertindak menghubungi bomba.

"Pada mulanya ibu cuba untuk mencari jalan turun tetapi tidak jumpa dan nasib baik ibu tidak mengalami kecederaan. Dia cuma terkejut kerana tidak menyangka akan sesat malam tadi," katanya.
Tags / Kata Kunci: sesat , warga emas , Bukit Cherok Tokkun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan