Tahanan Tukar Baju Sebelum Lari Dari Lokap Mahkamah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tahanan yang melarikan diri dari lokap Kompleks Mahkamah di sini, Jumaat, dipercayai telah menukar pakaian lokap kepada pakaian preman miliknya, sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, dalam kejadian kira-kira 2.40 petang itu, suspek lelaki berusia 29 tahun dikenali sebagai P. Devaraajan melarikan diri ketika anggota polis pengiring menguruskan beberapa tahanan lain untuk dibawa keluar.

"Suspek pada awalnya telah dimasukkan sementara bersama beberapa lagi tahanan yang lain dalam satu sel yang sama. Apabila anggota polis pengiring menguruskan beberapa tahanan lain untuk dibawa keluar dari sel bagi tujuan prosiding mahkamah, suspek telah ditinggalkan dalam sel berkenaan.

"Siasatan polis mendapati suspek telah menukar pakaian lokap kepada pakaian preman miliknya yang terletak berhampiran sel dan meninggalkan pakaian lokap dalam sebuah beg bungkusan, kemudian suspek berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Hock Poh berkata siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti bagaimana suspek yang ditahan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu, boleh meloloskan diri daripada tahanan polis ketika di mahkamah.

"Pihak polis sedang giat mencari suspek dan memohon agar orang awam menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan sekiranya terjumpa suspek ini.

"Siasatan telah dibuka terhadap kes ini dibawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melarikan diri dari tahanan serta kecuaian mengakibatkan tahanan melarikan diri.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Devaraajan , Seremban

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan