20 Mangsa Eksploitasi Seks Diselamatkan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 8:40 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Unit Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Orang (ATIPSOM) Bukit Aman menyelamatkan 20 wanita warga asing mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di sini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kesemua mangsa diselamatkan dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Kampar di sini kira-kira pukul 5.45 petang.

Katanya mereka yang diselamatkan terdiri daripada 19 wanita warga Myanmar berbangsa Shan dan seorang wanita Vietnam.

"Dalam serbuan itu, empat lelaki turut ditahan terdiri daripada seorang penjaga pintu bawah; penjaga kaunter, kapten dan dua pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam Jumaat.

Menurut Gan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,670 selain beberapa barangan termasuk 175 kondom; dua 'walkie talkie'; dua televisyen dan empat telefon bimbit.

Turut dirampas dua perakam kamera litar tertutup; dua alat kawalan jauh pintu rahsia; dua alat kawalan jauh pintu utama; satu lesen perniagaan dan satu mesin pengira, katanya.

Menurut Gan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 ATIPSOM 2007.

Kejayaan unit ATIPSOM itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan syabas menerusi catatan di akaun Twitternya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: eksploitasi seks , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan