Lelaki Dipukul Hingga Mati Kerana Curi Kasut

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 8:53 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai dipukul di sebuah kedai bundle di Jalan Merlin, Tampin dekat sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata berdasarkan siasatan mangsa dibunuh kerana dipercayai mencuri sepasang kasut sukan jenama Adidas berharga RM200 dari premis berkenaan.

"Pada 4.45 pagi tadi, semasa pengadu iaitu abang mangsa melalui Jalan Batu Satu Seremban, Tampin dari arah Seremban, pengadu terserempak dengan sekumpulan orang ramai di tepi jalan, pengadu telah berhentikan kenderaan dan mendapati seorang lelaki terbaring di tepi jalan.

"Kemudian pengadu dapati mangsa adalah adik lelakinya yang berumur 27 tahun, kemudian pengadu telah bawa mangsa ke hospital Tampin dan dapatkan rawatan, semasa di hospital, doktor mengesahkan adik pengadu telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Hamazah berkata hasil siasatan mendapati sebelum kejadian berlaku, satu laporan polis telah diterima kira-kira 2 pagi tadi, berkenaan pemilik kedai (B1) telah berjumpa seorang lelaki bernama Wan (si mati) yang masuk ke dalam kedainya bersama seorang perempuan dan mendapati mangsa memakai kasut Adidas berwarna biru sebelum bertanyakan kepada mangsa.

"Mangsa mungkin mencuri kasut tersebut dengan cara menyarungkan kasut berkenaan bagi mengelakkan perbuatannya itu disedari.

"Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki berusia 30 hingga 34 tahun iaitu pemilik kedai, dua pekerja kedai termasuk abang mangsa sendiri. Abang mangsa turut ditahan berikutan terdapat saksi polis nampak dia turut menendang mangsa," katanya.

Hamazah berkata bagaimanapun punca kejadian serta suspek sebenar yang memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian, masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Tiada rakaman kamera litar tertutup di premis tersebut tetapi siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut," katanya.
Tags / Kata Kunci: curi kasut , kasut bundle , Hamazah Ab Razak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan