Polis Miri Reman Lelaki Didakwa Pukul, Cekik Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis Miri menahan seorang lelaki berusia 53 tahun kerana didakwa mendera isterinya di Kampung Lereng Bukit pada Khamis malam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata lelaki itu yang merupakan penganggur direman tiga hari untuk siasatan.

Lelaki itu didakwa mendera isterinya berusia 48 tahun dengan mencekik dan menamparnya dalam kejadian pada 9 pagi, 8 Mac lalu di ruang tamu kediaman pasangan tersebut, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

"Siasatan awal mendapati suspek sering memukul mangsa," katanya dan menurutnya wanita itu mendapat rawatan di Hospital Miri.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, dan 18(a) Akta Keganasan Rumahtangga 1994. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lelaki pukul , cekik isteri

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan