Cubaan Seludup Pil Erimin Bernilai RM50 Juta Dipatahkan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 4:16 PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menunjukkan 2.5 juta biji pil Erimin 5 dianggar bernilai RM50 juta, yang diseludup dalam perabot dari Taiwan melalui Pelabuhan Klang pada sidang akhbar di Bukit Aman pada 10 Mac 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang membawa masuk 2.5 juta pil erimin 5 bernilai kira-kira RM50 juta pada Rabu lalu selepas kumpulan itu menyembunyikan bahan terlarang berkenaan di dalam kontena berisi perabot yang dibawa masuk dari Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkat, rampasan tersebut merupakan yang terbesar dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini yang dibuat berdasarkan maklumat risikan dijalankan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Mohd Mokhtar berkata, hasil risikan membawa kepada serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor di mana polis menemui pil-pil itu disembunyikan di dalam beberapa buah sofa dan meja kopi dalam kontena.

"Dadah berkenaan dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan selain dipasarkan ke Thailand, Singapura dan Indonesia," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Jumaat.

Mohd Mokhtar berkata, polis turut menahan 10 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 29 hingga 57 tahun dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara susulan penemuan tersebut.

"Polis juga merampas wang tunai pelbagai mata wang asing dan tempatan berjumlah RM900,000, lima buah kenderaan mewah dan barang kemas.

"Kesemua yang ditahan dipercayai anggota sindiket berkenaan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata PDRM akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain di negara ini bagi membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah dengan berkesan.

Jelasnya, dadah pelbagai jenis bernilai RM28.1 juta berjaya dirampas untuk tempoh awal Januari tahun ini sehingga Khamis lepas.

 Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 34,147 orang termasuk 1,377 warga asing ditahan berkaitan kes dadah dalam tempoh yang sama.

Tags / Kata Kunci: Pil Erimin , Seludup

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan