Bekas Anggota TLDM Mati Dibunuh Di Sitiawan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kesan kelar di lehernya di kawasan semak berhampiran Jalan Kampung Cina, di Taman Sri Mawar pada Jumaat.

Mohd Supian Md Samat, 35, ditemui tertiarap dengan berlumuran darah oleh seorang lelaki yang lalu di kawasan tersebut kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata sebaik tiba, polis menemui mangsa yang telah meninggal dunia terbaring berhampiran motosikalnya.

"Pemeriksaan awal pihak hospital ke atas mayat di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan luka di leher mangsa dipercayai kesan daripada senjata tajam.

"Motosikal yang dinaiki mangsa juga didapati terbalik tujuh meter dari mayat mangsa dan kesemua barang peribadinya tidak diusik," katanya kepada pemberita.

Mohd Zailan berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat beberapa percikan darah di atas jalan dan polis tidak menolak kemungkinan berlaku pergelutan sebelum mangsa dibunuh.

"Kita belum mengenal pasti lagi motif kejadian dan kita percaya ia dilakukan secara berkumpulan, namun tiada sebarang senjata yang diguna dijumpai," katanya.

Mohd Zailan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 35,berkata kali terakhir dia bertemu suaminya adalah pada pukul 1 pagi tadi sebelum suaminya keluar ke kedai.

Wati berkata dia tidak menyedari suaminya tidak pulang ke rumah dan menghantar anaknya ke sekolah berhampiran rumahnya seperti biasa sebelum diberitahu oleh jiran mengenai nasib malang menimpa suaminya.

Mohd Supian yang rapat dengan anak tunggal mereka, Nur Arysyatul Inas, 10, kebelakangan ini sering kelihatan berdiam diri, kata Wati ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Mawar di sini.

"Dia jarang berada di rumah kerana sedang mengikuti kursus jentera berat di Kedah sejak awal tahun lalu dan cuma balik setiap hujung minggu," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Bekas anggota TLDM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan