Pekerja Kilang Ditahan Rogol Ibu Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 6:25 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang pekerja kilang berusia 21 tahun ditahan didakwa merogol ibu sendiri di rumah mereka di Kamunting dekat sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, lelaki tersebut ditahan di tempat kerjanya tengah hari Khamis selepas polis menerima laporan daripada seorang suri rumah berusia 48 tahun pada sebelah pagi.

"Menurut mangsa, anak lelakinya melakukan perbuatan itu ke atasnya pada Rabu malam.

"Anak lelakinya akan direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 15 Mac," katanya, sambil menambah bahawa wanita itu merupakan seorang janda yang mempunyai lima anak.

Harrith Kam berkata, anak lelaki wanita itu didapati negatif dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan bersalah, lelaki itu akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan