Kemalangan Di Lipis Ragut Satu Nyawa, Tujuh Cedera

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 11:43 AM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah van dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Lipis-Merapoh, Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata dalam kemalangan pada pukul 5 petang itu, pemandu Perodua Myvi, Ahmad Fazeli Muhammad, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Van yang dinaiki tujuh orang itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai, Kelantan dan ketika melalui laluan berselekoh di tempat kejadian, kenderaan ini dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

"Dalam masa sama, kenderaan yang dipandu Ahmad Fazeli yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak dan telah bertembung dengan van berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Berikutan kemalangan itu, Ahmad Fazeli meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu van cedera parah di kaki. 

Enam lagi penumpang yang merupakan warga Indonesia hanya cedera ringan.

Mayat Ahmad Fazeli dan kesemua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk bedah siasat serta mendapatkan rawatan.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan