Pembantu Restoran Ditemui Mati Dibunuh

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 2:56 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pembantu restoran lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah pada badan, dipercayai dibunuh di sebuah rumah kedai di Taman Kerjasama, Bukit Beruang di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata warga tempatan berusia 21 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh individu dipercayai majikannya dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi Rabu.

"Polis dimaklumkan kira-kira pukul 6.30 pagi dan sebaik tiba di lokasi, mendapati mayat lelaki dengan kecederaan pada badan di dapur rumah kedai di tingkat atas bangunan berkenaan.

"Selain kesan darah di lantai, polis turut menemui satu senjata tajam yang mempunyai kesan darah dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di premis terbabit," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata maklumat awal mendapati premis itu disewa lebih daripada seorang termasuk rakan sekerja mangsa yang dipercayai warga asing, namun tiada individu lain di lokasi kejadian ketika polis tiba.

Shaikh Abdul Adzis berkata susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing berusia 20-an yang berada dalam jarak antara satu dan dua kilometer dari lokasi kejadian, kira-kira 10.30 pagi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya percaya kejadian dilakukan seorang suspek namun motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Katanya mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: pembantu restoran , mati

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan