Lelaki Ditahan Dipercayai Muat Naik Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di sebuah restoran di kawasan Dataran Perpaduan Bercham Raya, Ulu Kinta, Ipoh, Perak, pada Selasa, kira-kira pukul 11.30 malam.

Beliau berkata polis kontinjen Johor menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman media sosial pada 11.20 pagi semalam berkenaan kenyataan jelik terhadap Sultan Johor.

"Kenyataan jelik yang dimuat naik itu boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara," katanya menerusi kenyataan di sini, Rabu.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada penahanan itu, polis merampas sekeping sim kad dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh lelaki tersebut bagi membuat kenyataan jelik itu.

Beliau berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya polis Johor, sehubungan itu, menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu dan kenyataan-kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Polis juga tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat, katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan