Polis Sangkal Dakwaan Paderi Dibunuh, Mayat Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menyangkal dakwaan bahawa seorang paderi yang dipercayai diculik di Jalan Bahagia, Petaling Jaya pada bulan lepas dibunuh dan mayatnya telah dijumpai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata siasatan terhadap kes itu masih berjalan malah diperhebatkan.

"Semua dakwaan itu tidak benar, hanya khabar angin. Kita bagaimanapun telah perhebatkan siasatan terhadap kes ini dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran maklumat menerusi WhatsApp yang mendakwa polis menutup laluan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan paderi itu telah dibunuh serta mayatnya telah ditemui.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penyebaran maklumat tersebut, namun akan menyiasat sumber yang mengeluarkannya.

Beliau turut meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak benar sehingga boleh mengganggu siasatan kes tersebut.

"Memandangkan kes ini adalah kes berprofil tinggi, kita minta supaya mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak benar yang boleh menganggu siasatan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati laluan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tidak ditutup seperti yang didakwa.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang berusia 62 tahun dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng pada 13 Februari lalu.

Laporan turut menyebut paderi itu kali terakhir dilihat memandu kereta jenis Honda Accord seorang diri semasa kejadian.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Fadzil Ahmad , paderi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan