Penyelam Warga China Maut Di Barracuda Point

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Seorang lelaki warga China maut ketika menyertai aktiviti menyelam di Barracuda Point, Pulau Sipadan di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Peter Umbuas berkata mangsa dikenali sebagai Ng Chi Ming berusia 53 tahun.

Menurutnya, sekumpulan 11 pelancong telah menyelam di kawasan itu pada 6.44 pagi sebelum kehilangan seorang daripadanya disedari 10 minit kemudian oleh jurulatih selam kumpulan terbabit yang berusia 26 tahun. 

"Ekoran itu jurulatih selam berkenaan melakukan pencarian selama 45 minit di sekitar kawasan selaman sebelum meminta bantuan daripada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah.

"Pencarian mangsa kemudian dijalankan dengan melibatkan anggota pasukan keselamatan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Peter berkata mangsa ditemui pada kira-kira 8.55 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Semporna dan disahkan meninggal dunia.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Barracuda Point , China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan