Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Renang

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah kelab swasta di Bandar Baru Sendayan, Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa bersama keluarga datang ke kelab berkenaan untuk mandi dan beriadah di kolam tersebut.

"Semasa kejadian, mangsa sedang mandi di kolam renang berkenaan.

'Bagaimanapun bapa mangsa dikatakan telah ke tandas dan hanya dimaklumkan oleh rakannya bahawa mangsa telah lemas. 

"Bapa mangsa berusia 33 tahun itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah dibantu oleh pengunjung yang lain tetapi disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di sini kira-kira 7.54 malam," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Thiew berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lemas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan