Tujuh Ditahan Dikait Kumpulan Pengganas - Berita Jenayah | mStar

Tujuh Ditahan Dikait Kumpulan Pengganas

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki, dengan empat daripada mereka merupakan warga Yaman ditahan di Lembah Klang kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Ketujuh-tujuh mereka ditahan oleh Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas, Bukit Aman dalam beberapa serbuan antara 21 Februari dan 26 Februari.

Suspek terdiri daripada seorang juruteknik kilang warga Malaysia berusia 41 tahun, seorang petani warga Indonesia 28 tahun, seorang lelaki Asia timur 37 tahun dan empat warga Yaman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek warga Malaysia dan Indonesia ditahan di Kepong pada 21 Februari lalu.

Mereka didakwa menerima arahan daripada anggota militan IS, Mohamad Wanndy Mohamad Jedi.

"Mereka diarahkan untuk menyediakan peranti letupan dibawa kenderaan (VBIED) untuk serangan di Malaysia sebelum membuat perjalanan ke Syria untuk menyertai IS di sana.

"Warga Indonesia sebelum ini diusir keluar dari Turki kerana cuba memasuki Syria secara haram," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

VBIED merupakan terma teknikal bagi sebuah kereta atau trak bahan letupan.

Suspek dari Asia timur ditahan pada 23 Februari lalu.

"Suspek memasuki Malaysia pada 2011 menggunakan visa pelajar dipercayai palsu, dan mendaftar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Lembah Klang.

"Dia mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Asia timur yang menjadikan Malaysia sebagai transit dan tempat persembunyian," kata Khalid.

Sementara itu, manakala empat warga Yaman ditahan di Cyberjaya pada 26 Februari.

"Mereka disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan pemberontak di Yaman.

"Mereka juga terlibat dalam sindiket yang pakar dalam memalsukan dokumen perjalanan," kata Khalid.

Dalam serbuan yang dijalankan, turut dirampas adalah pasport antarabangsa dan pelbagai mata wang asing berjumlah RM270,000.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan