Polis Nafi Dakwaan Jong-chol

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 8:44 AM

Jong-chol bercakap kepada pemberita di kedutaan Korea Utara dekat Beijing pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menafikan dakwaan rakyat Korea Utara Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan dalam siasatan terhadap pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, kononnya beliau menjadi mangsa pakatan yang didakwa untuk merosakkan kehormatan negaranya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis hanya menjalankan tugas dalam menyiasat segala aspek kes itu.

Jong Chol, 47, telah ditahan bagi memudahkan siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) tetapi telah dihantar pulang semalam kerana kekurangan bukti.

"Dia (Jong-Chol) boleh buat apa sahaja kenyataan tetapi polis buat kerja mengikut prosedur yang ditetapkan dan telah membebaskan beliau kerana tiada bukti kukuh," katanya.

Bercakap di Beijing dalam perjalanan pulang ke Korea Utara, Jong-Chol dilaporkan menuduh penyiasat Malaysia menggunakan tekanan bagi memaksanya membuat pengakuan.

Noor Rashid menafikan ini.

Mengenai keputusan kerajaan Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara Kang Chol kini sebagai 'Persona Non Grata' dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini, Noor Rashid berkata Jabatan Imigresen akan memastikan diplomat itu keluar dari Malaysia.

Menurut laporan, Jong-nam sedang menunggu penerbangannya ke Macau di klia2 apabila dua wanita tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair beracun yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Beliau menggunakan pasport atas nama Kim Chol. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ri Jong-chol , Korea Utara

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan