Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbabas Di Batu Uban

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 3:18 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat seorang lelaki yang rentung selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi Ahad di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Uban. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berdekatan bangunan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Batu Uban, di sini Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Oh Chun Guan, 25, beralamat di Lorong Amoy, di sini maut selepas terperangkap di dalam keretanya yang terbakar akibat melanggar pokok di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa memandu seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke susur keluar Jambatan Pulau Pinang sebelum terbabas.

"Kereta yang dipandu mangsa dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh pokok mengakibatkan kereta jenis Proton Saga itu terbakar. Mangsa cuba menyelamatkan diri, bagaimanapun terperangkap ketika api sedang marak membakar keretanya," katanya di sini Ahad.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Zulkifli Ramli berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memadamkan kebakaran kereta mangsa.

"Ketika kami sampai di tempat kejadian kami dapati kebakaran melibatkan kereta Proton Saga yang terbakar keseluruhan 100 peratus dan terdapat seorang mangsa telah rentung berada di dalam kereta itu. Operasi terkawal dan padam sepenuhnya pada pukul 8.05 pagi," katanya.

Seorang saksi, Mohd Azhar Ridzuan, 32, berkata semasa kejadian beliau sedang menunggang motosikal dan baru balik daripada kerja di Bayan Lepas sebelum berhenti untuk membantu mangsa.

"Saya dan beberapa pengguna jalan raya yang lain cuba membantu dengan mengetuk tingkap dan membuka pintu kereta tetapi semuanya terkunci dan tiba-tiba bunyi letupan sebelum api marak serta kami terpaksa menyelamatkan diri," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rentung , terbabas

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan