Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Di Belakang Rumah

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 9:19 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang bayi lelaki baru lahir ditemui di belakang rumah Blok 2 Lot 13 Taman Sejati di sini, Ahad. 

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Hamin berkata, bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui orang awam dibaluti dengan tuala putih dan polis dimaklumkan pada 9.25 pagi.

Bayi seberat 1.5 kilogram dan berukuran panjang 38 cm itu, ketika ditemui masih bertali pusat dan tiada uri, katanya.

Azhar berkata, pemerhatian awal mendapati tiada kesan luka pada bayi itu dan bayi itu kemudiannya dihantar ke wad kecemasan Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang bayi itu diminta menyalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Jesmera B Bandong di talian 013-5719706. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan