Sukarelawan Keselamatan Mati Ditembak, Rakan Cedera

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 10:59 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

NARATHIWAT: Seorang sukarelawan keselamatan tempatan ditembak mati orang tidak dikenali di daerah Sukhirin di sini petang Jumaat manakala rakannya cedera dalam insiden keganasan di selatan Thailand.

Namun jurucakap tentera bahagian ke-4, Kol Pramote Prom-in berkata insiden keganasan yang bermula sejak dua hari lepas itu tidak akan menjejaskan usaha mencari kedamaian di selatan Thailand.

"Usaha damai sedang maju ke depan," katanya kepada pemberita pada Jumaat ketika kira-kira 500 penduduk berhimpun di hadapan stesen keretapi di daerah Resak bagi membantah pembunuhan empat sekeluarga, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku pagi Khamis di Kampung Thammacharen, empat sekeluarga termasuk seorang budak lelaki berumur lapan tahun maut selepas kenderaan dinaiki mereka ditembak penyerang tidak dikenali.

Dua lagi yang menaiki kenderaan itu mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Resak, Kol Ruangsak Buadeang pula berkata ujian forensik terhadap kelongsong peluru M-16 dan AK-47 yang digunakan dalam serangan itu menunjukkan ia pernah digunakan dalam serangan terhadap anggota keselamatan dua tahun lepas.

Kejadian keganasan di Narathiwat, Pattani dan Songkla sejak dua hari lepas telah meragut 11 nyawa orang awam dan pasukan keselamatan keseluruhannya, tanpa ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggjawab. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: sukarelawan keselamatan , mati

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan