Hartanah Johor: Reman Empat Individu Dilanjut, Dua Dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini melanjutkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas empat daripada enam lelaki yang disiasat berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.

Perintah lanjutan reman sehingga 9 Mac itu dikeluarkan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor, Jumaat.

Ia bagi membolehkan siasatan terus dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lepas.

Dua pemaju pula dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Kesemua suspek berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira 8.30 pagi pada 24 Februari lepas.

Mereka yang ditahan merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal tersebut.

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.
Tags / Kata Kunci: hartanah Johor , tahan reman , SPRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan