Polis Rampas Dua Senapang Buatan Sendiri, 10 Butir Peluru

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 10:04 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Polis merampas dua laras senapang buatan sendiri dan 10 butir peluru selepas menahan tiga lelaki di Kampung Bintang Mas Kuala Sapi di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata ketika ditahan, tiga lelaki berusia antara 18 dan 39 tahun itu dalam perjalanan pergi memburu binatang.

Katanya pada 12.30 tengah hari, anggota polis yang melakukan tugas pemantauan jenayah memeriksa sebuah kereta yang di parkir di tepi jalan di kampung itu.

Pemeriksaan di dalam kereta pacuan empat roda itu menemukan senapang buatan sendiri atau bakakuk dan peluru di belakang tempat duduk penumpang, katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada lelaki itu mengaku senapang tersebut miliknya.

Sivanathan berkata lelaki itu memberitahu senapang itu dibuatnya sendiri sejak tujuh tahun lepas untuk berburu.

Beliau berkata peluru jenis penabur itu pula dibeli daripada seorang lelaki di Tamu Pekan Telupid dengan harga RM20 sebutir.

Katanya polis juga akan mengesan dan menangkap individu yang menjual peluru kepada lelaki itu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: senapang buatan sendiri , peluru , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan