Lelaki Mati Dibunuh Kerana Cuba Pukul Anjing

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan cuba untuk memukul seekor anjing, sebaliknya maut dibunuh oleh pemilik haiwan itu dalam satu pergaduhan dekat Taman Mutiara di Jalan Utara di Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner, Mohd Azhar Hamin berkata, mangsa yang berang dengan salakan anjing cuba untuk memukul haiwan itu menggunakan kayu.

Bagaimanapun, ia mengenai anak lelaki pemilik anjing tersebut. 

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30an dipercayai datang ke rumah suspek untuk membunuh anjing berkenaan pada kira-kira pukul 8.35 pagi Rabu.

"Pemilik anjing kemudiannya berdepan dengan mangsa dan berlaku pergaduhan sehingga suspek memukulnya menggunakan paip besi," katanya.

Beliau menambah, pemilik anjing itu kemudiannya melarikan diri bersama dua anaknya.

Polis berjaya menjejaki dan menahan suspek berusia 30 tahun. Turut dirampas adalah batang besi yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Mohd Azhar berkata, suspek merupakan warga Filipina yang memiliki status permastautin tetap.

Bagaimanapun polis belum mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai warga asing.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan