Salurkan Maklumat Sindiket Pemerdagangan Manusia - Polis

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pemerdagangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata orang ramai diminta mengambil gambar sekiranya ternampak kanak-kanak meminta sedekah atau menjual barang dan menyerahkan gambar itu kepada pihak polis.

"Satu daripada cara untuk hentikan sindiket ini adalah dengan berhenti memberi wang kerana lagi banyak yang memberi (wang) lagi ramai kanak-kanak akan menjadi mangsa.

"Tangkap gambar mereka dan serahkan kepada pihak polis supaya kami boleh ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini pada Rabu.

Ditanya mengenai perkembangan kes pemerdagangan manusia di Gerik, Gan berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk pemilik ladang, doktor dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Setakat ini, hanya dua orang yang ditangkap dan kita (polis) percaya siasatan kes ini akan lengkap sepenuhnya hujung minggu ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menurutnya, kes berkenaan merupakan kes pertama kanak-kanak dipaksa menjadi buruh kasar di Perak tahun ini.

"Tahun lalu, terdapat dua kes pemerdagangan manusia melibatkan kanak-kanak yang mana mereka dipaksa menjadi pengemis," katanya.

Ahad lalu, polis Perak menyelamatkan 18 individu warga tempatan termasuk lima kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu, dekat Gerik.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 11 dewasa termasuk enam wanita berusia lingkungan 27 hingga 64 tahun; dua remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun dan lima kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun.

Tags / Kata Kunci: Pemerdagangan Manusia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan