Lelaki Kurang Siuman Mengamuk Dalam Menara Condong Teluk Intan

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 10:11 PM

- Gambar fail Menara Teluk Intan

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan kekacauan dengan bertindak membuang serpihan kayu dari atas Menara Condong Teluk Intan sebelum ditahan polis petang Rabu.

Difahamkan orang awam yang berada di tempat kejadian mendakwa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana mahu 'menegakkan' menara condong itu.

Pekerja menara berkenaan, Isham Ishak, 38, berkata dia terdengar bunyi bising dari bahagian atas menara kira-kira pukul 4 petang sebelum meninjau keadaan.

"Saya lihat ada seorang lelaki sedang memecahkan siling menara dan membaling serpihannya ke bawah.

"Bila saya cuba tanya kenapa dan pujuk lelaki itu, dia ajak saya berlawan sambil memaki hamun," katanya kepada pemberita di sini.

Isham berkata selepas melihat lelaki itu semakin agresif, dia bersama beberapa yang lain bertindak menangkapnya sebelum menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan perkara tersebut sedang disiasat.


Tags / Kata Kunci: kurang siuman , menara condong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan