Lelaki Dikehendaki Polis Mati Ditembak

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 8:40 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga atas talian mati ditembak di kawasan letak kenderaan di Pangsapuri Suria Taman Kinrara, Serdang awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata kejadian berlaku ketika lelaki berumur 33 tahun itu sedang berjalan menuju ke rumahnya di Blok D pangsapuri itu selepas meletakkan kenderaan berhampiran Blok E pada pukul 1 pagi.

"Pemeriksaan pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di lokasi menemui lima kelongsong peluru dan siasatan awal suspek dipercayai menggunakan senjata jenis semi auto," katanya ketika dihubungi di sini.

Megat Mohamad Aminuddin berkata pemeriksaan polis mendapati mangsa yang berasal daripada Ipoh, Perak mempunyai rekod jenayah apabila dikehendaki polis berkaitan kes rompak di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan serta mengesan suspek yang terlibat.

Katanya mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tembak , mati

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan