Kes Penagihan Dadah Meningkat - Masir Kujat

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 5:47 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kes penagihan dadah di Malaysia meningkat sebanyak 14 peratus kepada 30,847 pada 2016 berbanding 26,668 kes pada 2015, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat.

Selain itu, katanya statistik menunjukkan peningkatan penagih baharu kepada 22,925 kes berbanding 20,281 kes dalam tempoh sama.

"Kempen Sifar Dadah yang dijalankan tahun lepas agak sukar mencapai kejayaan berikutan bekalan dadah yang mudah diperoleh dari negara jiran.

"Bagaimanapun, bukan Malaysia sahaja yang berdepan masalah ini malah, negara-negara ASEAN lain juga terkesan dengan perkara sama," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) 2017 di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, Selasa.

Dalam perkembangan sama, Masir berkata pengamal homoseksual dan hetroseksual yang dijangkiti HIV dan AIDS di Malaysia juga menunjukkan peningkatan.

"Seramai 40 orang yang mengamalkan hetroseksual dijangkiti HIV pada 2015 dan meningkat kepada 50 orang pada 2016 manakala kes homoseksual merekod 10 orang pada 2015 dan meningkat kepada 20 orang pada 2016," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sentiasa memantau dan menjalankan peranan mereka untuk menangani serta mencegah gejala itu daripada terus merebak.

Namun, katanya pencegahan jenayah berkaitan dadah serta penularan HIV dan AIDS bukan tanggungjawab kedua-dua agensi itu semata-mata.

"Orang awam dan komuniti setempat juga mempunyai kuasa untuk membanteras jenayah namun, perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Masir Kujat , Kes Dadah Meningkat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan