Kanak-Kanak Dijadikan Buruh Paksa Di Gerik - KP Perak

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 2:57 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI SIPUT: Polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa oleh sindiket pemerdagangan manusia seperti yangt dikesan di Gerik Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan ini berdasarkan maklumat yang diterima serta siasatan terperinci yang telah dilakukan.

"Namun kita tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai siasatan kes ini demi menjaga keselamatan pemberi maklumat," katanya kepada pemberita pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput di sini Selasa.

Pada 26 Februari lalu, pihak polis menyelamatkan 18 warga tempatan termasuk lima kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu.

Mereka terdiri daripada 11 individu dewasa melibatkan enam wanita berusia antara 27 hingga 64 tahun, dua remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun serta lima kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun.

Sepasang suami isteri yang berusia 43 dan 24 tahun yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket tersebut telah direman.

Kesemua mangsa dilapor mendapat perlindungan sementara mulai semalam hingga 19 Mac dan kini ditempatkan di di Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Melaka.

Pada majlis terima serah tugas itu, Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Supt Abd Fatah Abd Rahman menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Siput yang baharu menggantikan Supt Abdul Aziz Ahmad yang bersara wajib. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan