Anak Beranak Bungkus Dadah Dalam Pondok Belakang Rumah Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 10:15 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Dua beranak serta seorang remaja berusia 15 tahun yang sedang sibuk membungkus dadah ditahan di sebuah pondok di belakang rumah mereka di Kampung Machang Bubok, di sini Isnin.

Bapa berusia 48 tahun dan anaknya yang berumur 18 tahun serta remaja itu, yang kesemuanya tidak bekerja, dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam serbuan pukul 3.45 petang itu, polis menemui sebuah beg dan di dalamnya terdapat 26 paket dadah jenis heroin dan 33 keratan straw heroin bernilai RM5,000 serta wang tunai RM9,239.

"Kami turut merampas sebuah alat penimbang," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati selepas mendapatkan bekalan, mereka akan membungkusnya semula serta menjual kepada pembeli.

Dua daripada tiga lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan semua mereka positif dadah, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bungkus dadah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan