SPRM Geledah Pejabat Pemaju Susulan Isu Rasuah, Seleweng Tanah Di Johor

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam proses menggeledah beberapa pejabat pemaju bagi mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan isu rasuah dan penyelewengan melibatkan tanah-tanah negeri Johor.

Menurut sumber SPRM, setakat Isnin lebih 15 saksi sudah direkodkan keterangan berhubung siasatan rasuah itu dan lebih ramai lagi dijangka dipanggil untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

Tidak ada sebarang tangkapan baru dibuat setakat hari ini berhubung siasatan kes itu, menurut sumber berkenaan.

Tambahnya, SPRM juga masih dalam proses meneliti semua dokumen yang telah dirampas dalam beberapa siri operasi yang dilancarkan sejak 24 Februari lepas.

"Kita dalam proses mendapatkan maklumat-maklumat dan bukti-bukti yang dapat membantu siasatan," menurut sumber terbabit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut dan meminta semua pihak memberikan masa kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan.

Jumaat lepas, enam individu berusia antara 25 dan 50 tahun diberkas SPRM di beberapa lokasi di Johor Bahru, terdiri daripada anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang awam.

SPRM berkata kesemua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.

Selain tangkapan, turut dirampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen.

Sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan jumlah kira-kira RM15.5 juta turut dibekukan.--Bernama


Tags / Kata Kunci: SPRM , Johor , Azam Baki

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan