'Ice' Bernilai RM100 Juta Gagal Diseludup Ke Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 4:03 PM

GAMBAR fail bertarikh 1 Februari menunjukkan kejayaan polis Thailand merampas 87 kilogram dadah jenis "Ice" dari sebuah rumah di Hatyai yang disewa seorang lelaki berasal dari Pulau Pinang pada 26 Januari lalu. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan sebuah sindiket dadah antarabangsa menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia termasuk 262kg methamphetamine kristal atau 'ice' bernilai RM100 juta.

Lima suspek termasuk dua lelaki rakyat Malaysia berusia 39 dan 44 tahun ditahan dalam operasi terancang di beberapa lokasi berasingan di Songkla dan Hatyai dari 19 hingga 22 Februari lepas.

Menurut Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (NSB) Thailand, dua rakyat Malaysia itu ditahan di sebuah rumah sewa di daerah kecil Kohong, Hatyai bersama 98kg ice pada 22 Februari lepas.

"Kami percaya mereka bekerja untuk seorang raja dadah dari Malaysia," katanya di sini pada Sabtu.

 Pihak berkuasa Thailand percaya dua lelaki berkenaan menggunakan Hatyai, sebuah bandar popular di sempadan Malaysia-Thailand, sebagai pusat transit untuk menerima bekalan dadah sebelum menyeludup masuk ke Malaysia dengan kereta.

NSB berkata rumah sewa di Hatyai itu digunakan sebagai 'tempat selamat' menyimpan dadah buat sementara sebelum cuba membawa masuk bekalan ke Malaysia.

"Kehadiran dua lelaki itu menimbulkan kecurigaan kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan di Haytai dan menyewa rumah untuk tempoh yang lama," kata NSB yang turut merampas dua buah kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia, tujuh telefon bimbit, empat beg besar dan dua pasport Malaysia.

Beberapa jam selepas tangkapan itu, NSB menyerbu sebuah unit apartmen di Hatyai dan menahan seorang lelaki bukan warga Thailand dan merampas 48kg ice, telefon bimbit dan sekeping kad sim.

NSB berkata lelaki berusia 55 tahun itu memegang kad suku kaum etnik dan berasal dari Mae Sai, Chiangrai, di wilayah utara Thailand.

Menurutnya, tangkapan dua lelaki Malaysia itu adalah kemuncak hasil pengumpulan perisikan setelah dua operasi yang dilancarkan di daerah Bangklam di Songkla pada 19 dan 20 Februari lepas.

Dalam operasi pertama 19 Februari, anggota NSB yang menyamar menemukan 20kg ice semasa melakukan intipan di Lop Buri-Rames Road, daerah Bangklam.

NSB berkata pihaknya menerima maklumat risikan bahawa beberapa pengedar dadah Malaysia akan menyerahkan 100kg ice kepada seorang yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak berdekatan jalan tersebut.

Bagaimanapun, proses penyerahan tidak berlaku dan NSB menemukan 20kg dadah berkenaan di kawasan itu.

Dalam operasi kedua pada hari berikutnya, NSB menahan seorang lelaki warga Myanmar dan seorang rakyat Thailand di Kampung Suthatip, daerah Bangklam, dan merampas sejumlah dadah.

NSB berkata rampasan tersebut membabitkan 96kg ice, 100,000 pil 'Yaba', 2,600 pil ekstasi, 960gm serbuk ketamine, 266 botol cecair ketamine dan 1,140 pil Ermine 5.

Selain dadah, pihak berkuasa turut merampas beberapa buah kereta, telefon bimbit dan sebuah motosikal daripada dua suspek berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Thailand , Methamphetamine , Ice

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan