Polis Buru Individu Buat Kenyataan Palsu Penemuan Bayi

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 10:32 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu individu yang membuat kenyataan palsu tentang penemuan bayi di Jalan Besar Rengit, Batu Pahat, dekat sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kenyataan itu yang disertakan dengan beberapa keping gambar penemuan bayi telah menjadi tular di laman sosial Facebook dan WhatApps.

Katanya, berdasarkan siasatan yang dilakukan, kes itu didapati tidak pernah wujud. 

"Cuma, pada pukul 11.50 pagi Khamis itu, polis ada menerima maklumat orangawam tentang penemuan satu tabung derma di dalam parit serta sehelai baju pengawal keselamatan yang sudah terbakar di atas benteng parit, berhadapan sebuah kedai makan di Jalan Besar Rengit.  

"Berikutan maklumat itu, dua anggota polis diarah ke tempat kejadian dan mendapati memang betul terdapat tabung derma yang bertulis 'Pertubuhan KebajikanAnak Yatim Islam Batu Pahat.' 

"Polis kemudian membawa tabung dan baju terbabit ke Balai Polis Rengit,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.  

Abdul Wahib juga berharap orang ramai lebih peka dan tidak mempercayai perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan sebarang maklumat.

Tags / Kata Kunci: Kenyataan Palsu , penemuan bayi

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan